ESEI KUMPULAN(FAKTOR YANG MENGHALANG MASYARAKAT UNTUK BERSUKAN DI BANDAR BARU BANGI
SUBJEK :
INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(GGGA2123)
NAMA AHLI :
MOHD AMIR AMSYAR BIN MOHD RADZI ( A161800 )
SITI NASIRAH BT MOHAMAD ( A160964 )
SITI HAJAR BT MOHD MATURIDIN ( 160862 )
FAZIRA BT KODIR ( A159563 )
NAMA PENSYARAH :
MOHD JASMY ABD RAHMAN
TAJUK :
FAKTOR FAKTOR YANG MENGHALANG MASYARAKAT BERSUKAN DI BANDAR BARU BANGI
1.0 PENDAHULUAN
Sukan merupakan antara bidang yang telah mendapat perhatian untuk diceburi terutamnya golongan remaja. Penglibatan mereka dalam aktiviti sukan juga semakin membanggakan sehingga sampai ke tahap antarabangsa. Hal ini menunjukkan golongan remaja ini sangat aktif sehingga dapat menjadi perhatian dunia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan didenifisikan sebagai aktiviti fizikal yang sihat yang dan dapat mengurangkan kalori dalam badan. Selain itu, dengan bersukan juga seseorang individu juga dapat meningkatkan daya ketahanan badan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang.
Pihak kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan masyarakat melalukan aktiviti bersukan seperti padang bola sepak, gelanggang futsal dan gelanggang sepak takraw. Antara sukan yang terkenal di dunia ialah bola sepak, seni mempertahankan diri, bola keranjang, dan golf. Terdapat ramai atlet dari pelbagai negara yang berjaya mencipta fenomena seperti Roger Fedrer, Cristiano Ronaldo, dan David Beckham. Terdapat pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan rakyat dalam sukan. Namun, terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Menurut Fox E.L ( 1983 ) sebelum perang Dunia Kedua, aspek kecergasan fizikal langsung tidak diambil perhatian oleh masyarakat secara serius. Hal ini kerana masyarakat pada masa itu hanya menumpukan kehidupan untuk keperluan hidup seperti mencari makanan, tempat perlindungan dan pakaian bagi memenuhi keperluan harian mereka. Mereka mengabaikan kecergasan mereka untuk terus hidup menikmati keseronokan hingga akhir hayat. Scenario ini juga terjadi kerana disebabkan oleh masalah sosio ekonomi pada masa tersebut iaitu kesusahan untuk mendapatkan sesuatu terutamanya makanan untuk meneruskan kehidupan.
Kini, kesedaran untuk mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal ini mula mendapat perhatian rakyat di negara kita. Pihak kerajaan juga telah menyediakan beberapa langkah untuk menyedarkan kepentingan rakyat tentang kepentingan bersukan. Sebagai contoh, mengadakan pertandingan sukan antara daerah, negeri dan kebangsaan. Kementerian Pendidikan juga semakin peka dengan perkembangan sukan negara dengan memperkenalkan kursus-kursus yang berorientasikan kecergasan secara saintifik di universiti-universiti tempatan .
Seterusnya, kementerian pendidikan juga telah menjadikan matapelajran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan sebagai untuk pelajar. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam matapelajaran ini juga mesti selaras melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang bertujuan memberi pendidikan yang seimbang dari segi kognitif, psikomotor dan emosi agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Justeru, kecergasan ini perlulah dititikberatkan supaya dapat melahirkan generasi yang seimbang antara pembelajaran dan bidang sukan.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Segelintir masyarakat masih berada pada takuk pemikiran yang lama. Hal ini kerana mereka menegaskan bahawa bersukan ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai masa depan yang cerah. Sebagai contoh, masyarakat luar bandar masih lagi percaya bahawa penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi akademik anak-anak mereka. Pemikiran ini masih membelenggu mereka kerana komitmen yang perlu diberikan sekiranya anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Sebaliknya, anak-anak mereka perlu menyusun jadual dengan baik supaya dapat menyeimbangkan antara belajar dengan sukan. Kegagalan mereka berbuat demikian membuatkan ibu bapa beranggapan negatif dan menghalang penglibatan mereka dalam aktiviti sukan.
Selain itu, persepsi ini perlu ditepis supaya anak-anak mereka menjadi insan yang berkaliber dalam bidang pelajaran dan sukan. Hal ini kerana dengan melakukan aktiviti sukan ia akan membantu mereka untuk mendapat tempat di universiti. Kelebihan yang ada pada diri mereka akan menjadikan mereka pilihan pertama untuk dipilih. Dalam bidang pekerjaan juga, mereka juga akan menjadi calon yang menonjol kerana kelebihan yang ada pada diri mereka. Kelebihan itu banyak membantu organisasi tempat mereka bekerja dan memudahkan mereka untuk bekerja dalam masa yang lama.
Seterusnya, bagi golongan remaja dan ke atas pula, mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukan kerana mereka mempunyai kurang kesedaran tentang kebaikan sukan. Mereka hanya beranggapan bahawa mereka yang berjaya dalam bidang sukan hanya disebabkan oleh bakat yang ada pada diri mereka. Oleh itu, mereka lebih suka untuk melihat sahaja kejayaaan orang lain berbanding menceburinya sendiri. Hal ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan yang sangat penting untuk kesihatan badan. Bukti mereka kurang melibatkan dalam aktiviti menyebabkan ramai antara rakyat Malaysia yang mengalami obesiti. Berdasarkan kajian juga, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat obesiti yang tinggi di dunia.
Bagi sesetengah individu pula terutamanya pelajar universiti, mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukan kerana kesilapan mereka dalam menguruskan masa. Mereka juga gusar akan kesuntukan masa untuk belajar apabila terlibat dengan sukan. Mereka menganggap sukan ini hanyalah mengganggu proses pembelajaran mereka dan hanyalah membazir masa. Hal ini kerana jadual mereka padat di universiti menyebabkan mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Mereka tidak sedar bahawa banyak manfaatnya dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersukan. Jadi bagi memastikan kebenaran tanggapan yang dibuat oleh mahasiswa, maka kami telah menyediakan borang soal selidik bagi mengkaji permasalahan ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menghalang masyarakat untuk bersukan di Bandar Baru Bangi. Objektif kajian adalah untuk :
1. Mengenalpasti faktor yang menghalang masyarakat untuk bersukan di Bandar Baru Bangi
2. Mengkaji faktor remaja yang kurang berminat untuk bersukan
3. Mengkaji masalah yang menghalang masyarakat untuk bersukan
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang terdapat dalam tajuk ini ialah kenapa bersukan menjadi halangan kepada masyarakat. Hal ini disebabkan oleh faktor diri sendiri. Mereka beranggapan bahawa aktiviti bersukan hanya layak dilakukan oleh segelintir masyarakat yang kurang sihat sahaja. Mereka juga menganggap bahawa dirinya telah sihat untuk bersukan. Selain itu, persekitaran yang tiada kemudahan insfrastruktur yang lengkap untuk mereka memberi masa dalam aktiviti bersukan juga mendorong masyarakat untuk bersukan kerana mereka inginkan keselesaan apabila inginkan satu tujuan untuk dicapai apabila mengadakan aktiviti riadah. Faktor persekitaran yang cenderung mempengaruhi penglibatan kanak-kanak dan remaja terutamanya dan aktiviti luar rumah, termasuk senaman dan aktiviti sukan merupakan faktor keselamatan anak-anak yang mesti dititikberatkan oleh ibu bapa. Ibu bapa lebih memikirkan tentang keselamatan anak-anak mereka tambahan pula jika membiarkan anak mereka sendiri. Ibu bapa lebih cenderung tidak membiarkan anak-anak mereka sedirian tanpa teman apabila berada diluar.
Peningkatan kadar jenayah yang mensasarkan kanak-kanak dan remaja seperti penculikan dan jenayah seksual terhadap golongan ini adalah membimbangkan. Ibu-bapa cenderung untuk tidak membiarkan anak-anak mereka melakukan aktiviti luar tanpa berteman. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan negatif terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti santai luar rumah, termasuk bersenam dan bersukan, malah turut mempengaruhi aktiviti lain dalam kehidupan seharian mereka. Bagi konteks senaman dan sukan, kaedah harus dicari bagi memastikn ia tidak diabaikan, dalam masa yang sama keselamatan turut terjamin.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan kaedah kajian yang mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data melalui satu kajian yang telah dibuat untuk menyokong dan menyempurnakan lagi sesuatu bentuk kajian supaya dapat menghasilkan bukti untuk membantu setiap langkah yang ingin dilaksanakan. Selain itu, metodolodi kajian merujuk kepada tatacara untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Metodologi kajian juga menerangkan cara-cara sesuatu tajuk yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan dalam tugasan yang telah diberikan. Antara tujuan mengapa metodologi kajian perlu dilaksanakan adalah untuk membantu memahami lebih terperinci lagi tentang pengaplikasikan kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian tugasan yang diberi.
Tugasan ini merupakan satu tugasan berkumpulan yang mengkaji tentang faktor-faktor yang menghalang masyarakat untuk bersukan. Kajian kes ini dilaksanakan bagi mendapat keberkesanan dalam mengatasi masalah pelajar yang kurang dalam aktiviti bersukan dan menunjukkan nilai positif pentingnya amalan bersukan terutamanya bagi golongan-golongan remaja pada hari ini. Kajian ini dilaksanakan di Universiti Kebangsan Malaysia(UKM) yang bertempat di Bandar baru Bangi pada 16 november 2016 beserta dengan beberapa orang responden untuk memberikan pendapat tentang faktor yang menghalang masyarakat bersukan . Terdapat dua jenis metodologi kajian yang telah di buat iaitu kaedah soal selidik dan kaedah temubual.
5.1 KAEDAH SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik pula dijalankan bagi menganalisis dan mendapatkan maklumat-maklumat daripada responden. Soal selidik ini telah dijawab oleh 30 orang responden dan terdapat 30soalan berkaitan dengan masyarakat dan sukan. Soalan-soalan ini diberikan kepada responden kerana pengkaji ingin mengetahui sejauh mana pendapat dan jawapan responden tentang tajuk yang diajukan. Borang soal selidik ini adalah khusus kepada responden untuk mengumpul maklumat bagi tujuan menganalisis dan menjawab persoalan kajian oleh pengkaji. Rasional menggunakan kaedah soal selidik ini juga untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah untuk dianalisis.
5.2 TEMU BUAL
Kaedah temubual temu bual juga telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang berbentuk data primer daripada Informan. Informan akan memberikan pendapat tentang masalah-masalah yang menghalang individu untuk bersukan. Data yang diperoleh daripada temu bual akan dirakam, dijadikan transkrip dan dianalisis.
Soalan : Apakah yang menghalang masyarakat untuk bersukan?
Jawapan 1 : Responden pertama berpendapat bahawa faktor yang menghalang masyaralat untuk bersukan adalah berpunca daripada diri sendiri dimana sukan mempunyai banyak kategori seperti bermain dalam pasukan dan individu. Sesetengah masyarakat inginkan teman untuk bersukan terutamanya golongan wanita.
Jawapan 2 : Responden kedua memberi pandangan tentang halangan masyarakat bersukan ialah sifat malas dalam diri.Selain itu ,kekangan waktu juga merupakan satu masalah yang mendorong masyarakat dari tidak bersukan dimana mereka tidak mempunyai masa untuk bersukan kerana sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa terluang untuk bersukan.
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1.1 MAKLUMAT DEMOGRAFI
Carta 1 : Jantina Responden `
Carta pai diatas menunjukkan bahawa majoriti Jantina responden Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjawab borang Soal Selidik secara atas talian ini adalah daripada Kalangan responden lelaki adalah sebanyak 43.3% bersamaan 13 responden manakala responden perempuan adalah sebanyak 56. 7% bersamaan 17 responden .
Carta pai diatas menunjukkan bahawa majoriti umur responden Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjawab soal selidik ni adalah berumur 21 -23 tahun bersamaan 40% ( 12 responden) manakala yang berumur 18-20 tahun adalah sebanyak 33.3 % bersamaan (10 responden). Responden paling sedikit terdiri daripada reponden yang berumur 24-27 tahun iaitu sebanyak 26.7 % bersamaan (8 responden ).
6.1.2 FAKTOR FAKTOR YANG MENGHALANG MASYARAKAT BERSUKAN DI BANDAR BARU BANGI
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan keputusan skala bagi penyataan kesibukkan masyarakat dengan dunia pekerjaan merupakan masalah utama masyarakat kurang luangkan masa untuk bersukan Keputusan menunjukkan skala 4 – setuju adalah skala paling tinggi berbanding skala lain iaitu seramai 18 responden bersamaan 60%. Seterusnya, kedua tertinggi adalah skala 5 - Sangat setuju iaitu seramai 10 responden bersamaan 33.3 % manakala skala 2 - tidak setuju dengan skala 3- tidak pasti menunjukkan bacaan skala yang sama iaitu 1 responden bersamaan 3.3 %.
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan bacaan skala bagi penyataan sifat masyarakat yang malu bersenam terutaman masyarakat yang berbadan gemuk yang ingin kuruskan badan kerana dia terasa dirinya seperti di pandang dan dan ada orang yang menyindir di belakang. Keputusan menunjukkan skala 4- sangat setuju merupakan skala paling tinggi iaitu dengan seramai 17 responden (56.7%) daripada 30 responden. Dalam pada itu skala 5-sangat setuju merupakan skala kedua tertinggi iaitu seramai 10 responden (33.3%) manakala skala 2 - tidak setuju seramai 2 responden ( 6.7%) serta akhir sekali skala 3-tidak pasti seramai 1 responden ( 3.3%).
Rajah 3
Rajah 3 menunjukkan skala bagi penyataan sifat masyarakat itu sendiri yang malas untuk bersukan. Keputusan menujukkan skala 4- setuju seramai 16 responden bersamaan 53.3% manakal 5-sangat setuju seramai 10 responden bersamaan 33.3%. Seterusnya, bacaan skala bagi 2- tidak setuju dan skala 3 - tidak pasti menujukkan bacaan skala yang sama iaitu seramai 2 responden bersamaan 6.7%.
Rajah 4
Rajah 4 menunjukkan keputusan bagi penyataan kekurangan infrastruktur sukan juga merupakan salah satu masalah kenapa masyarakat tidak suka bersukan. Keputusan menunjukkan seramai 16 responden ( 53.3%) telah memilih skala 4- setuju manakala 7 responden ( 23.2%) telah memilih skala 5-sangat setuju. Selain itu, skala 3- tidak pasti adalah seramai 5 responden ( 16.7%) serta skala 1- sangat tidak setuju dan 2- tidak setuju menunjukkan bacaan yang sama iaitu seramai 1 responden (3.3%)
Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan keputusan penyataan bagi faktor kekeluargaan yang lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah berbading dengan aktiviti luar. Keputusan menujukkan skala 4- setuju adalah skala paling tinggi iaitu seramai 11 responden bersamaan
36.7 % manakal 3-tidak pasti merupakan skala kedua tertinggi iaitu seramai 8 responden bersamaan 26.7 %. Seterusnya, skala 5 - sangat setuju merupakan skala ketiga tertinggi iaitu seramai 7 responden bersamaan 23,3% dan akhir sekali skala 2 - tidak setuju seramai 4 responden bersamaan 13.3%.
Rajah 6
Rajah 6 menunjukkan keputusan bagi penyataan sifat masyarakat yang tidak tahu banyak kebaikan bersukan juga merupakan faktor kenapa masyarakat kurang luangkan masa untuk bersukan . Keputusan menunjukkan skala 4- setuju adalah skala paling tinggi iaitu seramai15 responden bersamaan 50% manakala skala kedua tertinggi adalah skala 5- sangat setuju iaitu seramai 7 responden bersamaan 23.3%. Di samping itu, skala 3- tidak pasti merupakan skala ketiga tertinggi iaitu seramai 6 responden bersamaan 20% serta skala 1 - sangat tidak setuju dan skala 2- tidak setuju menunjukkan bacaan skala yang sama iaitu seramai 1 responden bersamaan 3.3%.
Rajah 7
Rajah 7 menunjukkan keputusan bagi penyataan berasa selesa dengan fizikal tubuh badan yang sudah ideal. Keputusan menunjukkan skala 4- setuju adalah skala paling tinggi iaitu 12 responden (40%) daripada 30 repponden . Seterusnya, skala 5-- sanagt setuju, skala 3- tidak pasti , skala 2 - tidak setuju menunjukkan bacaan skala yang sama iaitu serami 6 responden ( 20%).
Rajah 8
Rajah 8 menunjukkan keputusan bagi penyataan masyarakat lebih berminat untuk menghabiskan masa terluang dengan melayari media sosial Keputusan menunjukkan skala 5- sangat setuju adalah skala paling tinggi iaitu dengan seramai 13 responden bersamaan 43.3% daripada 30 responden manakala skala 4 - setuju adalah seramai 11 responden bersamaan 36.7 %. Dalam pada itu, skala 3- tidak pasti bacaan skala adalah seramai 4 responden bersamaan13.3% serta paling rendah adalah skala 2- tidak setuju iaitu seramai 2 responden bersamaan 6.7%.
Rajah 9
Rajah 9 menunjukkan keputusan bagi penyataan sifat masyarakat itu sendiri yang tidak suka untuk bersukan dari awal lagi. Keputusan menunjukkan skala 4- setuju adalah seramai 13 responden (43.3%) manakala skala 5- sangat setuju adalah seramai 11 responden (38.7%) . Selain itu, skala 3 - tidak pasti adalah seramai 4 responden (13.3 %) serta skala 1 - sangat tidak setuju dan skala 2 - tidak setuju menunjukkan bacaan skala yang sama iaitu seramai 1 responden (3.3 %) .
Rajah 10
Rajah 10 menunjukkan keputusan bagi penyataan fizikal kebanyakkan masyarakat itu sendiri yang tidak fit membuatkan merekan malas untuk bersukan. Keputusan menujukkan skala 4 - setuju adaklah skala tertinggi berbanding skala lain iaitu seramai 15 responden bersamaan 50% manakala skala 5- sangat setuju adalah skala kedua tertinggi iaitu seramai 8 responden bersamaan 26.7%. Dalam pada itu , skala 2 - tidak setuju adalah seramai 4 responden bersamaan 13.3 % seeta akhir sekali skala paling rendah adalah skala 3 - tidak pasti iaitu seramai 3 responden beersamaan 10 %.
7.0 CADANGAN
Cadangan Untuk Menggalakkan masyarakat untuk bersukan di Bandar Baru Bangi .
7.1 PIHAK KERAJAAN
Pihak kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan aktiviti riadah dikalangan masyarakat. Hal ini kerana, pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk membuat perancangan. Dengan sumber kewangan yang ada, pihak kerajaan boleh membina tempat beriadah di seluruh negara. Antara kemudahan yang perlu dibina ialah taman permainan,tempat untuk berjoging dan tempat untuk berkelah.
7.2 KEMENTERIAN KESIHATAN
Kementerian Kesihatan juga boleh memainkan peranan dalam usaha meningkatkan aktiviti riadah di kalangan masyarakat. Kementerian Kesihatan harus mempergiatkan lagi kempen kesedaran hidup sihat. Jabatan dan agensi kerajaan yang lain juga boleh memanggil Jabatan Kesihatan untuk memberi ceramah tentang amalan gaya hidup sihat. Selain itu, program senaman pagi yang dianjurkan oleh beberapa jabatan kerajaan dapat memberi kesedaran kepada kakitangannya supaya mengamalkan aktiviti riadah dan gaya hidup sihat. Masyarakat pula perlu memberikan sambutan dalam menjayakan program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan.
7.3 MEDIA MASSA
Media massa juga berperanan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti riadah. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Antara program yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan stesen televisyen ialah membuat iklan amalan gaya hidup sihat dan mengadakan program senaman. Forum kesihatan juga boleh diadakan dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang kesihatan dan sains sukan.
7.4 PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan bagi menggalakkan masyarakat untuk bersukan serta melakukan aktiviti riadah . Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG) boleh merancang aktiviti riadah di kalangan pelajar dan keluarga mereka. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah dimana pihak sekolah boleh menganjurkan sesuatu aktiviti atau program dimana perlu melibatkan ahli keluarga pelajar.Sebagai contoh,Pihak sekolah boleh menganjurkan program hari keluarga,gotong royong,sukaneka dan banyak lagi program yang boleh melibatkan ahli keluarga.
7.5 IBU BAPA
Ibu bapa juga merupakan pihak yang memainkan peranan yang begitu penting untuk anak-anak dimana ibu bapa perlu mengambil inisiatif ketika anak-anak masih kecil ibu bapa perlulah memberi pendedahan berkaitan sukan sebagai contoh membawa anak-anak menonton perlawanan sukan dan mendaftarkan anak-anak menyertai acara sukan sepadan dengan mereka.Selain itu,ibu bapa juga perlu memantau anak-anak agar tidak membuang masa lapang dengan membuat hal tidak memberi kepentingan kepada mereka.
Kesimpulannya,bersukan serta aktiviti riadah memberi banyak kebaikan kepada kita. Kita hendaklah berganding bahu untuk menggalakkan aktiviti riadah di kalangan masyarakat menjadi satu amalan dalam kehidupan kita. Jika ini dapat kita lakukan, maka tahap kesihatan masyarakat Malaysia akan bertambah baik dan kehidupan masyarakat Malaysia akan lebih bahagia. Bukan itu sahaja keadaan ini juga pasti akan mendorong kepada kemajuan ekonomi negara serta kemajuan negara dalam pelbagai bidang.
8.0 KESIMPULAN
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat.Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja.
Kegiatan bersukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.
Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.
Bersukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.
RUJUKAN
Mohamed Saari(2014) Masyarakat malas bersenam. Johor.
Mohamad Firdaus Ahmad , Tajul Arifin Muhamad , Shahlan Surat , Jady Z. Hassim ,
Siti Aida Lamat PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN DALAM KALANGAN
GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG, JOHOR (24 - 43)
Comments
Post a Comment